Rabu, 26 Januari 2011

Aku yang merindu...

Aku dah mula merindui anak-anak ku.. dan en hubby ku... huk huk huk.. rasa tak puas berlama-lamaan dengan mereka.. yang pastinya... my girl akan cuti pada Rabu-Ahad depan sempena CNY.. tapi... en hubby pula tak ada kat rumah... hurmmmmm...........


Gambar raya 2010

Selasa, 25 Januari 2011

Jangan menangis sayang...

 Sabtu lepas, aku sekeluarga, adik ipar sekeluarga bersama mertua pergi menjenguk Faris.. lepas solat zohor lebih kurang pukul 2 kami sampai.. dari kejauhan.. dah nampak seseorang.. berjubah putih menanti kami di pintu pagar... anak ku... kesian dia.. andainya kami tak datang, pasti dia kesedihan.. terkezut jugak dia nampak nenek, pak cik dan mak cik dia... kebetulan.. tak ramai pelajar minggu ni di Madrasah.. ramai yang follow lawatan ke Jerantut.. Kami pun minta kebenaran bawa dia keluar... seperti biasa.. ke tepi Masjid.. tepi sungai Muar tu.. Tg. Mas ke hapa tah nama tempat tuu... aku bawakan dalcha ayam dgn roti canai tuk dia... suka tengok dia makan... pastu kami ke Giant... pukul 6 lebih kami hantar balik ke Madrasah... lepas bersalaman semua orang, dia menangis sebab aku cakap... esok tak dapat datang... sebab nenek dia nak jenguk kakak pulak... may be tak puas laaa.. singkat je rasa masa... minggu ni, kami cadang nak pegi awal pagi.. then bawa dia balik rumah... ada berita sedih juga untuk dia.. ketiga-tiga anak kucing dia mati... mungkin mereka pon sedey, tuannya tak ada... hurmmmm.........

Khamis, 20 Januari 2011

Selasa, Rabu dan Khamis...

 Tup tap tup tap... pejam celik pejam celik dah nak hari Jumaat... sekejap je rasa masa berlalu bila kebizizan melanda.. huhuhu... Hari Selasa emak dan adik datang bertandang dari Johor.. Tak de aktiviti masak-masak.. cuma sempat buatkan kuih bakar jagung dan puding laici lagi untuk diaorang.. lepas tuu kami ke Telok Mas ke Umbai, ikan bakar Parameswara.... dan keesokannya seharian di Jusco bandaraya Melaka.. huhuhu memborong di Daiso... lepas maghrib diaorang bertolak balik ke JB.. dan perjanjian seterusnya ialah CNY nanti.. semua nak bertandang ke Melaka.. hooray.. hooray.. hooray...

 Rabu malam En Hubby sampai dah dekat kul 12 malam.. pagi Khamis ke sekolah Faris, pulangkan buku-buku teks, ambil sijil berhenti sekolah.. pastuu ke Imegresen untuk RENEW passport En Hubby pasai dia nak ke Jakarta dari 1-5/6 hb februari nanti.. company trip.. hurmmmmm.... aku? anak-anak? tinggal ler... hehehe... tak pe laaa... janji bawa ole-ole.. hihihi...

   DAN.... hari Jumaat malam, bersambung lagi tetamu kami... adik ipar, biras dan ibu mertua akan bertandang... Insya Allah.. mudah-mudahan di perluaskan rezeki kami sekeluarga... 
TETAMU MEMBAWA REZEKI.... dan dengar-dengar lagi.. adik aku akan bertandang sekali hari Sabtu ni juga... meriah tul.. 

   minggu ni tak tahu laaa menu apa nak dibawa melawat anak-anak nanti.. rasa macam tak nak bawa kuih-muih.. bawa nasik dan lauk pauk laa pulak.. huhuhu.. tengok tahap kerajinan ku laa jugak nanti.... okey laaa.. time to sleep.. al maklumlaaaa... en hubby saya ado.. kikiki....

Selasa, 18 Januari 2011

Bersamamu...

Ni bukan iklan TV3 eh.. hehehe... setelah bertahun-tahun lamanya hidup bersama, akhirnya terpisah juga...


setiap malam mesti bersama.. kadang-kadang baik, kadang-kadang bermasam muka, kadang-kadang bergaduh dan kadang-kadang menangis bersama... 


suka, duka, riang, tawa, gelak, sorak dan kadang-kadang terdengar esakan tangisan... moga anak-anakku dapat tenangkan hati dan perasaan... 






Isnin, 17 Januari 2011

Bukan mudah.. hayatilah...

Bukan mudah...  kenapa?? tak takut ke? tak kesian ke? esok nak makan apa? nak jadi ustaz ke dia?
huh... penat, letih, buhsan, menyampah kadang-kadang nak menjawab persoalan-persoalan yang macam tuu.. sampai ada yang kata esok-esok kena jual balm laa kalender laa ubat laa kat tepi jalan...

Ya Allah.... kenapa laa diorang berfikir sampai macam ni... segelintir je yang aku jumpa boleh berfikiran positif dan membina... bukan mudah bagi aku menjawab setiap persoalan.. bukan mudah aku menahan perasaan bila berdepan dengan orang-orang yang macam ni.. demi kebaikan, demi masa depan,
dan demi Allah....
 semoga jalan yang kami pilih ni membawa keberkatan kepada keluarga kami... Insya Allah...

Mengahafal Al-Quran merupakan cara untuk mengakrabkan orang-orang beriman dengan kitab suci sehingga dia tidak buta terhadap isi-isi yang ada di dalamnya.


Penentu Manhaj Hayah yang hakiki hanyalah Allah swt. Namun begitu ada sebahagian manusia yang merampas hak ini dengan pelbagai alasan. Kita dapat lihat mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekatkan hasil ciptaan mereka kepada semua lapisan masyarakat. Mereka mewajibkan kanak-kanak sehingga orang dewasa belajar bahkan menghafal dan meyakinkan mereka bahawa itulah satu-satunya pedoman hidup yang terbaik.
Sebagai umat Islam tidak ada alasan bagi kita untuk tidak menghafal Al-Quran kerana Al-Quran adalah kitab yang hak yang diturunkan kepada umat manusia untuk dijadikan pedoman hidup.

Allah swt berfirman mafhumnya;

“ Katakanlah: Hai manusia…. Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Haq ( kebenaran Al-Quran) dari Rabb kalian………..” (Yunus:108)

2. Al-Quran adalah Ruh bagi orang-orang yang beriman.

Allah swt berfirman mafhumnya;

“ Dan demikianlah Kami wahyukan ruhan (Al-Quran ) dengan perintah Kami.”
(Asy-Syuura:52)

Orang-orang yang menghafal Al-Quran bukanlah orang yang menghafal kata-kata yang tidak mengandugi misi khusus, sebagaimana orang yang menghafal syair-syair atau puisi yang ditulis oleh manusia. Namun sebenarnya dia sedang menghafal sesuatu yang dapat memberi kehidupan kepada jiwa, akal juga kepada jasadnya.

Oleh sebab itu, kita sering mendengar bahawa Al-Quran adalah Ghidza’ Ruhi ( santapan ruhani ). Ini bermakna ayat-ayat Al-Quran sangat diperlukan oleh ruhani kita, sebagaimana jasad kita memerlukan makanan. Kalau jasad kita boleh sakit sekiranya kurang makan, bererti ruhani kita juga akan sakit sekiranya kurang diberikan santapannya.

Ruhani yang sihat dan kuat kadang-kadang melebihi kekuatan jasad. Apatah lagi sekiranya kedua-dua unsur tersebut sihat. Orang-orang munafik yang enggan berjihad sebenarnya bukan kerana tubuhnya yang sakit, tetapi kerana ruhnya yang lemah dan tidak mempunyai kemahuan. Allah swt mempamerkan keadaan tubuh mereka dalam firmanNya yang bermaksud:

“ Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang bersandar” (Al-Munaafiquun : 4)

“Tin kosong nyaring bunyinya.’ Itulah sifat orang munafik dalam kehidupannya. Sedang berbeza dengan mukmin yang Qur’ani, seperti shahabi ‘Amr Bin Al Jamu. Beliau adalah seorang yang kakinya pincang. Secara syr’i, kerana keadaannya beliau diperbolehkan untuk tidak ikut serta berjihad. Namun kerana ruhinya menyatu dengan syurga Allah, maka ia memaksa Rasulullah untuk mengizinnya ikut serta dalam jihad, seraya berkata;

“Demi Allah sungguh aku berharap dapat menginjak dengan kepincanganku ini
Al-Jannah”

Masih banyak lagi kisah para sahabat yang sebenarnya telah uzur, namun kerana semangatnya lebih kuat dari keadaan tubuh badannya, mereka dapat berjihad sehingga menemui syahid.

Tilawah Al-Quran, apatah lagi menghafalnya merupakan usaha sangat efektif untuk memperoleh ruh Al-Quran di samping ibadah-ibadah yang lain. Istiqamah dalam usaha ini sehingga ruh kita penuh dengan muatan ayat-ayat Allah, akan menjadikan kita kuat dalam mengharungi kehidupan. Hidup ini memang tidak terlepas dari ujian, baik terhadap diri mahupun keluarga.
Cukup banyak peristiwa yang terjadi pada diri para da’iyah yang mengalami ujian yang cukup berat, hanya kerana mereka menyeru kepada jalan Allah. Antara mereka ada yang dihumbankan ke dalam penjara yang di dalamnya terdapat pelbagai macam siksaan. Namun, dengan Al-Quran mereka menjadi tabah dan kuat menghadapi ujian yang berat itu. Nadimah Khatul, seorang mujahidat Afghanistan, patut dijadikan contoh.
Beliau bersama beberapa orang mujahidat lain,selama enam tahun merengkuk di dalam penjara rejim Najib. Beliau pernah berkata:

“ Kami mengalami pelbagai macam siksaan…..Namun halakat ( membaca dan mengkaji) Al-Quran dapat banyak membantu kami bersabar dan bertahan ( Majalah Al Jihad. No70 Ogos 1990).

Kejadian seperti ini telah banyak dialami oleh para da’i dari zaman dahulu sehingga sekarang. Hal ini akan terus dirasakan oleh sesiapa sahaja , selama ia memiliki kecintaan dan komit terhadap Al-Quran.

3. Al-Quran sebagai Al Dzikr ( Peringatan )

Allah swt menurunkan ayat-ayat Al-Quran kepada manusia, tentunya bukan tanpa tujuan, atau hanya sekadar digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Setelah itu Al-Quran dicampak sebagaimana dicampakkan kurma yang sudah busuk (istilah Abdullah Bin Umar Asshahabi)

Di dalam beberapa ayat, Allah menegaskan fungsi Al-Quran sebagai Al Dzikr. Antaranya,

Allah swt berfirman mafhumnya;

“ Al-Quran itu tdak lain hanyalah peringatan dan kitab yang memberi penerangan“ (Yaasin : 69 )

Namun tidak semua manusia mampu menjadikan Al-Quran sebagai kitab yang memberi peringatan. Berapa banyak orang yang faham isi Al-Quran bahkan banyak berinteraksi dengan Al-Quran, namun kehidupannya jauh dari menghayati Al-Quran. Fikrah dan akhlaknya bertentangan dengan kehendak Al-Quran. Inilah orang-orang yang disebut oleh Rasululllah saw sebagai orang yang merasakan Al-Quran di mulutnya sahaja, dan tidak pernah sampai kepada kerongkongnya. Sabdanya;

“Mereka membaca Al-Quran ( namun ayat-ayatnya) tidak mampu melampaui kerongkong mereka” (HR Muslim )

Untuk dapat menjadikan Al-Quran sebagai Al Dzikr diperlukan hati yang bersih dan keimanan kepada hari akhirat.




Allah swt berfirman mafhumnya;

“ Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya” ( Qaaf: 37 )

Firman Allah yang lain mafhumnya;

“ Maka berilah peringatan dengan Al-Quran kepada orang yang takut kepada ancaman-Ku”
( Qaaf:45 )

Oleh itu, sudah seharusnya ayat-ayat Al-Quran perlu untuk diulang-ulang sehingga hafal oleh orang-orang yang beriman. Dengan demikian mereka secara berterusan mendapat peringatan dari Allah dan lebih banyak hidup bersama ayat-ayatNya.

4. Al-Quran Sumber Pengetahuan Alam.

Sesuai dengan sifat Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, sudah sewajarnya Al-Quran sarat dengan ilmu pengetahuan. Penghafal Al-Quran adalah orang yang otaknya penuh dengan informasi Allah baik yang berbentuk bahagian-bahagian kecil maupun global. Al-Quran sebagai Manhajul Hayah menjelaskan tentang pendidikan, ekonomi, dan politik.

Umat Islam khususnya para da’iyah harus bangkit membangunkan kembali masa keemasan yang telah diraih oleh salafus shalih melalui Al-Quran. Mengahafal Al-Quran , memahami, dan mengamalkan isi kandungannya Insya Allah merupakan suatu usaha di antara sekian usaha yang dapat dilakukan oleh para da’i untuk mengembalikan kejayaan umat kepada Al-Quran sebagai pedoman hidup mereka.

( Dipetik dari buku “ Kiat Sukses Menjadi Hafidz Qur’an Da’iyah” oleh Ust. Abdul Aziz Abdul Rauf Lc. )

Ahad, 16 Januari 2011

ke hulu dan ke hilir..

  Pagi Ahad ni mama dah goreng kuih donat yang mama uli malam tadi.. Satu loyang donat dah bersira gula dah tersedia.. tolong girl gosok baju-baju sekolah dia, kemaskan barang-barang dia, pack kan kuih-kuih dia.. mmm..
bila dah siap semua kami ke Duyong tuk makan nasi kukus + ayam goreng berempah.. tapi... ayam dia.. tersangat laaa tak ok harini.. ishhh tak mo makan lagi dah.. tak sesedap macam mula-mula buka dulu.. gitu laa kan orang meniaga.. masa mula-mula gempak.. lama-lama haprak!!
  Bungkuskan nasi tuk my boy.. terus ke Muar... dia memang tengah tunggu kami rupa-rupanya.. dia ada kat depan madrasah, baru lepas solat zohor.. syukur, hari ni dia happy je.. senyum meleret-leret... ayah belikan t-shirt putih lengan pendek 2 helai untuk dia, minyak wangi botol kecil satu... dia makan nasi sambil kami semua perhati gelagat dia.. Alhamdulillah.. banyak hari ni dia makan... pastu makan donat, pastu aiskrim pulak...
  Kami tak boleh lama-lama.. Jam dah dekat pukul 3.. Nak hantar girl pulak nun.... di sempadan PD pulak.. My boy tak puas melambai kami.. siap nak kiss ayah lagi dan lagi... DAN.. yang penting dia senyum je.. dah tak nangis.. Kami teruskan perjalanan ke asrama my girl pulak.. dan mama pun zzzz... sepanjang perjalanan.. Bila dah hantar girl ke asrama.. mama lega.. semuanya happy dan selamat... TAPI.... malam ni.. ayah kembali ke Penang semula.. moga perjalanan ayah selamat dan di lindungi Allah... Mama sayang Ayah, Kakak dan Abang..  mama tinggal laa dengan adik-adik kembali... menjalani rutin harian seperti biasa.. Insya Allah...


 mood happy je hari ni.. moga berkekalan mood abang ye.. mama miss n luv u!!

Hari yang indah..

Start tengahari Jumaat lagi mama dah baking kuih bakar pandan.. petang buat kek batik sambung buat brownies dan malam mama buat puding laici... Pagi-pagi Sabtu mama bakar lagi kuih bakar sebab yang semalam dah tinggal separuh di makan oleh my girl n Farid.. Pukul 12 lebey kitaorang terus bertolak ke Madrasah, Girl tak ikut, dia ikut mak member dia keluar dengan kawan-kawan sekolah lama diaorang.. mmm... Ayah singgah masjid dulu solat zohor, pastu terus pegi Madrasah.. Faris tengah beli aiskrim, nampak adik-adik dia, dia pass aiskrim kat adik-adik dulu.. pastu cakap kat ayah tunggu kejap.. dia nak gi ambil barang.. pas tu dia lari balik kat kitaorang.. rupa-rupanya bawak 2 botol minyak wangi tuk mama dan ayah, 1 plastik biskut tuk adik-adik.. alahai.. touchingnya.... sepit-sepit beli... pastu ayah bawa dia hantar kuih ke Ustz Firdaus then tanya leh tak nak bawa dia kuar.. Ustz kata ok.. wah... kami pun ke Bandar Muar.. Round carik tempat makan walaupun dia kurang selera nak makan.. sian dia.. pas makan kami ke Fresco belikan biskut-biskut, maggi cup, milo fuze tuk dia dan girl.. lepas tu kami ke masjid duduk-duduk di wakaf sambil tunggu azan asar... mama tunggu kat wakaf jek laa sebab ABC.. pas solat, Faris, Farid n Ayah kuar dari masjid, mama nampak Faris dah berjurai airmata... alahai... sedih lagi.. hari ni dia banyak nangis je... sabarlah sayang, memang mula-mula susah di asrama.. mana-mana pun sama.. ayah pujuk, mama pujuk, mmm....  dia suruh mama keluarkan brownies dan kek batik.. dia jamah laa seketui dua.. ok laa kan.. orang tak de selera takkan nak di paksa.. pastu kami tuju ke kedai dobi coz ada hantar jubah, serban dan t-shirt putih dia basuh.. Al-maklum laa si bujang ni basuh sendiri.. masih ada kesan kotor, tu yang ayah dengan mama cari juga kedai dobi tuk cuci jubah tu.. Alhamdulillah, jubah dan serban bersih sebersihnya.. moga-moga anak mama dapat mengadap Allah menunaikan ibadah dalam keadaan yang bersih dan sempurna.. Amin.. dah settle semua, kami hantar dia ke Madrasah. sampai di simpang nak masuk, dia dah start nangis dan nangis.. mama dengan ayah diam seribu bahasa... biarlah dia layan perasaan sedih dia... pas turunkan barang-barang, ayah hantar dia ke rumah dia, susun kan barang, baju-baju dia, dia datang balik ke kereta.. nangis lagi.. pesan kat mama esok datang lagi.. haaa??? yelah sayang sok mama datang lagi.. jangan sedih-sedih... mudah-mudahan esok dia lebih ok dari hari ini... AMIN..


Gambar terbaru Faris, setiap hari Jumaat kena cukur rambut..






Faris bererti  Horseman, knight





Jumaat, 14 Januari 2011

It's sons week..

YOUR SON WILL HOLD YOUR HAND FOR ONLY A LITTLE WHILE, BUT WILL HOLD YOUR HEART FOR A LIFETIME. IT'S SON'S WEEK....IF YOU HAVE A SON(S) WHO MAKES YOUR LIFE WORTH LIVING BY JUST BEING AROUND THEM, AND IF YOU'RE PROUD OF YOUR SON(S), COPY AND PASTE THIS TO YOUR STATUS!!

Baik-baik sayang...


 Moga anakanda ku baik-baik selalu.. ni lagu favourite dia jugak...


Baik Baik Sayang
oleh: Wali Band

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

My Girl nak balik harini....

hooray.. hooray.. hooray.. minggu ni cuti wajib bagi asrama my girl.. semua orang "kena" balik.. huhuhu... actually, last week pun my girl balik jugak atas urusan keluarga.. tak sangka laa minggu ni dia ada cuti wajib.. aku tanya dengan warden aritu, kalau tak balik tak boleh ke? hahaha.. poyo kan aku.. bukan apa, tak de sapa nak pi amik girl kat skul dia.. ayah, lepas jumaat ni baru bertolak balik dari penang.. hurmm... wish my hubby selamat dalam perjalanan.. my girl tumpang kereta mak kawan dia balik.. hurmm ok laa kan.. nanti Ahad, kitaorang pulak ajak kawan dia tumpang.. petang ni nak ajak my girl buat kek batik, kek marble sikit.. Insya Allah tuk di bawa esok sekali ke asrama my boy pulak.. Masak nasi lemak pon ok jugak kan?? hai.. banyak nya laa nak masak macam nak makan sebulan.. wakakaka.. inilah perasaan my mum dulu-dulu agaknya kan masa aku masuk asrama ke asmara.. hahaha... apapun.. ni laaa saat-saat yang indah yang akan kami kenang sampai bila-bila..

Kelebihan Menghafaz Al-Quran


 Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran. Amin...


Rindu Bertandang lagi..

Hai lah.. dah enam hari my boy tinggal kan rumah ni.. dan setiap malam aku menangis mengenangkan dia.. makan apa tah dia? buat apa tah dia? sihat ke dia? baju berbasuh tak dia? happy ke dia? sedih ke dia... huhh.. serba salah aku di buatnya bila memikirkan dia.. Duhai Faris, tahu tak betapa mama sayangkan Faris? betapa mama rindukan Faris? betapa sedihnya hati mama bila mengenangkan Faris? setiap saat dan waktu mama selalu ingat kan Faris.. bukan niat mama nak biarkan Faris seksa di asrama.. bukan niat mama nak pisah kan Faris dari adik-adik.. 


Ketahuilah duhai Faris, mama nak Faris belajar berdikari, belajar hidup susah, belajar mengenal Allah dengan lebih dalam lagi.. mudah-mudahan satu hari nanti Faris tidak akan menyalahkan mama kerana memilih jalan ini untuk Faris.. Ketahuilah Faris, bukan mudah mama nak kuatkan semangat dan hati.. apatah lagi dengan kata-kata orang yang tidak pernah berfikir positif ke arah ini.. sedih hati mama bila orang beri pelbagai pandangan dan kutukan.. 


ketahuilah duhai Faris, ni jalan yang terbaik untuk mu sayang.. moga Allah akan memuliakan kamu suatu masa nanti.. pedulikan tohmahan orang, kuatkan iman, kuatkan semangat.. jadilah anak yang soleh, hafiz yang berjaya suatu hari nanti... satu je pinta mama, moga-moga Faris menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik dan keluarga kita... 


Amin ya rabbal alamin...



Khamis, 13 Januari 2011

Daging Masak Kicap

fuhhh... banyak tul cubaan hari ni... "kitty n anak-anaknya" asyik buat perangai je semenjak tuannya tak de.. hisshhhh geram tul.. tapi seribu kali marah pon tak guna.. binatang kan? bukannya reti bahasa.. hurmmm... tengah sibuk kat sinki dapor.. tetiba ada orang bagi salam.. haishhh... tetamu tak diundang... malas nak citer.. setelah selesai dengan tetamu itu, aku sambung laaa nak masak.. bawang dah blend, daging dah perap dengan rempah-rempahnya... baru je letak minyak.. api pon padam... adoiyai... gas abis laaa pulok..  mmm...call kedai.. 45 minit baru nak sampai.. mmmm... sabar ajelah aku... kul 3.30.. baru beres semuanya...  naik ke bilik, nak mandi n solat.. hurmmmm again.. jepun udah menyerang... haiiii laaaa.. berapa byk cobaan daaaa... layan jek laaa resepi daging masak kicap ku ini.. gambar pon ihsan incik google memandangkan bateri dig camera dah habis!!!

gambar ihsan incik google


Daging masak Kicap my mum style..

bahan-bahannya:-

1 kg daging dihiris lebar-lebar
10 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil lada hitam 
2 sudu kecil ketumbar
2 sudu kecil jintan halus
2 sudu kecil jintan kasar
1 senduk tomato sos
1 senduk kicap manis
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya
1 labu bawang besar dihiris tebal
5 biji kentang dipotong wedges
2 batang karrot di potong-potong
1 pokok daun sup dihiris panjang
1 biji tomato di belah empat
garam dan perasa

cara-caranya:-
  1. cuci bersih daging dan toskan
  2. blend kan bawang, halia dan rempah ratus dengan sedikit air..
  3. perapkan daging selama 30 minit dengan rempah yang di blend
  4. panaskan minyak, tumiskan daging.. + air jika perlu (sampai daging empuk)
  5. masukkan kicap, tomato sos, kentang, karrot masak sampai empuk, tambah garam dan perasa
  6. masukkan tomato daun sup dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air..

my encik hubby..

huhuhu, asyik citer pasal anak je.. kang merajuk plak en hubby ku... huhuhu... seorang baik hati, caring, loving n macam-macam laa.. leceh nak discribe.. kang korang muntah darah plak kalo aku puji lebey-lebey.. huhu.. skrg ni en hubby duk berulang dari Penang.. dah dekat setahun kot.. kadang-kadang balik seminggu sekali.. kadang-kadang balik dua minggu sekali.. hurmmmm.. sian kan aku... aku jadi laa "indipendence mama" yg kadang-kadang tak independence jugak.. coz aku tak de lesen kereta.. huhu.. so aku berani drive dalam taman jek laa.. nasib laa ada kedai, klinik yg dekat.. syyyuuutttt... korang jangan bagitau en polis eh.. kesian aku.. hahaha... ok laaa en hubby ku ini tak banyak songeh.. senang je.. makan pun yang simple-simple aje.. i like.. kikiki... aku je yang kadang-kadang tak berkenan nak masakkan... jahat sey aku.. yelah, en hubby berasal dr pantai timur aku plak dr selatan.. mmm.... korang pikir laa sendiri eh.. hehehe...


korang rasa kenapa eks my en hubby berkaca mata?? huhu.. my hubby suka benar membaca, tak kira laa kat mana n pada waktu bila.. buku-buku tersangat laaaa banyak... masa makan membaca, nak tidur membaca, tunggu aku kat pasar pun dia membaca... even dalam toilet pun dia tetap membaca.. aiyok... tuuutttt....

Cucur Udang

Breakfast apa? mmm... aku buat cucuq udang.. cicah cili sos je... yummie.... resepi campak-campak je..



yang ni gambar ihsan dari incik google, bateri kamera kong arini.. huhuhu
‎" Kedua duanya baik, iaitu membaca al quran dan 
tafsirnya.Namun jika di bandingkan antara keduanya,maka membaca Al Quran walaupun tidak faham maknanya,adalah lebeh utama dari setakat membaca tafsirnya. Ini adalah kerana pahala yang dijanjikan untuk mereka yang membaca al quran lebih banyak dari pahala membaca tafsir al quran."





nak masak apa? nak makan apa?

hadoi laaaa... setiap pagi mesti macam ni kan? fenin nak memikirkan menu tuk dimasak dan di makan... hurmmmm tapi.... sebagai suri rumah sepenuh masa, apa pon mood korang.. tetap kena ke dapor kan? rutin harian.. semenjak 1-2 minggu ni mood memasak merudum abis.. ya lorrr yang nak makan kat umah ni dah tinggal empat mulut je.. menu dalam kepala dah ada... tapiiiiii.... sapa pulak laaa yang nak tukang perabis lauk pauk ku itew nanti... hurmmm.... dalam peti ais ada ikan cencaru... kalau masak terutup sodap weh... aku sorang jek yg makan.. ada daging... nak masak sup ke masak kicap berempah??? hurmmm... ada udang... masak lemak udang pon ok gaks kan... uwaaaa.... nak masak ke menda laaa sebenornya haku ni???? jom layan pic2 masakan haku itew...


Jom cuci mata..






murtabak maggi, puding roti, apam beras gebus dan kek pisang choc rise...
rasa macam dah lama je tak buat kuih-kuih ni semua... mmmm bila laaa VITAMIN R tuuu nak datang eks?? mmmm... aku bukan malas ok, tak rajin je.. huhuhu...