Hai lah.. dah enam hari my boy tinggal kan rumah ni.. dan setiap malam aku menangis mengenangkan dia.. makan apa tah dia? buat apa tah dia? sihat ke dia? baju berbasuh tak dia? happy ke dia? sedih ke dia... huhh.. serba salah aku di buatnya bila memikirkan dia.. Duhai Faris, tahu tak betapa mama sayangkan Faris? betapa mama rindukan Faris? betapa sedihnya hati mama bila mengenangkan Faris? setiap saat dan waktu mama selalu ingat kan Faris.. bukan niat mama nak biarkan Faris seksa di asrama.. bukan niat mama nak pisah kan Faris dari adik-adik..
Ketahuilah duhai Faris, mama nak Faris belajar berdikari, belajar hidup susah, belajar mengenal Allah dengan lebih dalam lagi.. mudah-mudahan satu hari nanti Faris tidak akan menyalahkan mama kerana memilih jalan ini untuk Faris.. Ketahuilah Faris, bukan mudah mama nak kuatkan semangat dan hati.. apatah lagi dengan kata-kata orang yang tidak pernah berfikir positif ke arah ini.. sedih hati mama bila orang beri pelbagai pandangan dan kutukan..
ketahuilah duhai Faris, ni jalan yang terbaik untuk mu sayang.. moga Allah akan memuliakan kamu suatu masa nanti.. pedulikan tohmahan orang, kuatkan iman, kuatkan semangat.. jadilah anak yang soleh, hafiz yang berjaya suatu hari nanti... satu je pinta mama, moga-moga Faris menjadi contoh yang terbaik buat adik-adik dan keluarga kita...
Amin ya rabbal alamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan