Khamis, 13 Januari 2011

Daging Masak Kicap

fuhhh... banyak tul cubaan hari ni... "kitty n anak-anaknya" asyik buat perangai je semenjak tuannya tak de.. hisshhhh geram tul.. tapi seribu kali marah pon tak guna.. binatang kan? bukannya reti bahasa.. hurmmm... tengah sibuk kat sinki dapor.. tetiba ada orang bagi salam.. haishhh... tetamu tak diundang... malas nak citer.. setelah selesai dengan tetamu itu, aku sambung laaa nak masak.. bawang dah blend, daging dah perap dengan rempah-rempahnya... baru je letak minyak.. api pon padam... adoiyai... gas abis laaa pulok..  mmm...call kedai.. 45 minit baru nak sampai.. mmmm... sabar ajelah aku... kul 3.30.. baru beres semuanya...  naik ke bilik, nak mandi n solat.. hurmmmm again.. jepun udah menyerang... haiiii laaaa.. berapa byk cobaan daaaa... layan jek laaa resepi daging masak kicap ku ini.. gambar pon ihsan incik google memandangkan bateri dig camera dah habis!!!

gambar ihsan incik google


Daging masak Kicap my mum style..

bahan-bahannya:-

1 kg daging dihiris lebar-lebar
10 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil lada hitam 
2 sudu kecil ketumbar
2 sudu kecil jintan halus
2 sudu kecil jintan kasar
1 senduk tomato sos
1 senduk kicap manis
2 sudu besar tepung jagung
air secukupnya
1 labu bawang besar dihiris tebal
5 biji kentang dipotong wedges
2 batang karrot di potong-potong
1 pokok daun sup dihiris panjang
1 biji tomato di belah empat
garam dan perasa

cara-caranya:-
  1. cuci bersih daging dan toskan
  2. blend kan bawang, halia dan rempah ratus dengan sedikit air..
  3. perapkan daging selama 30 minit dengan rempah yang di blend
  4. panaskan minyak, tumiskan daging.. + air jika perlu (sampai daging empuk)
  5. masukkan kicap, tomato sos, kentang, karrot masak sampai empuk, tambah garam dan perasa
  6. masukkan tomato daun sup dan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan