Ahad, 16 Januari 2011

Hari yang indah..

Start tengahari Jumaat lagi mama dah baking kuih bakar pandan.. petang buat kek batik sambung buat brownies dan malam mama buat puding laici... Pagi-pagi Sabtu mama bakar lagi kuih bakar sebab yang semalam dah tinggal separuh di makan oleh my girl n Farid.. Pukul 12 lebey kitaorang terus bertolak ke Madrasah, Girl tak ikut, dia ikut mak member dia keluar dengan kawan-kawan sekolah lama diaorang.. mmm... Ayah singgah masjid dulu solat zohor, pastu terus pegi Madrasah.. Faris tengah beli aiskrim, nampak adik-adik dia, dia pass aiskrim kat adik-adik dulu.. pastu cakap kat ayah tunggu kejap.. dia nak gi ambil barang.. pas tu dia lari balik kat kitaorang.. rupa-rupanya bawak 2 botol minyak wangi tuk mama dan ayah, 1 plastik biskut tuk adik-adik.. alahai.. touchingnya.... sepit-sepit beli... pastu ayah bawa dia hantar kuih ke Ustz Firdaus then tanya leh tak nak bawa dia kuar.. Ustz kata ok.. wah... kami pun ke Bandar Muar.. Round carik tempat makan walaupun dia kurang selera nak makan.. sian dia.. pas makan kami ke Fresco belikan biskut-biskut, maggi cup, milo fuze tuk dia dan girl.. lepas tu kami ke masjid duduk-duduk di wakaf sambil tunggu azan asar... mama tunggu kat wakaf jek laa sebab ABC.. pas solat, Faris, Farid n Ayah kuar dari masjid, mama nampak Faris dah berjurai airmata... alahai... sedih lagi.. hari ni dia banyak nangis je... sabarlah sayang, memang mula-mula susah di asrama.. mana-mana pun sama.. ayah pujuk, mama pujuk, mmm....  dia suruh mama keluarkan brownies dan kek batik.. dia jamah laa seketui dua.. ok laa kan.. orang tak de selera takkan nak di paksa.. pastu kami tuju ke kedai dobi coz ada hantar jubah, serban dan t-shirt putih dia basuh.. Al-maklum laa si bujang ni basuh sendiri.. masih ada kesan kotor, tu yang ayah dengan mama cari juga kedai dobi tuk cuci jubah tu.. Alhamdulillah, jubah dan serban bersih sebersihnya.. moga-moga anak mama dapat mengadap Allah menunaikan ibadah dalam keadaan yang bersih dan sempurna.. Amin.. dah settle semua, kami hantar dia ke Madrasah. sampai di simpang nak masuk, dia dah start nangis dan nangis.. mama dengan ayah diam seribu bahasa... biarlah dia layan perasaan sedih dia... pas turunkan barang-barang, ayah hantar dia ke rumah dia, susun kan barang, baju-baju dia, dia datang balik ke kereta.. nangis lagi.. pesan kat mama esok datang lagi.. haaa??? yelah sayang sok mama datang lagi.. jangan sedih-sedih... mudah-mudahan esok dia lebih ok dari hari ini... AMIN..


Gambar terbaru Faris, setiap hari Jumaat kena cukur rambut..






Faris bererti  Horseman, knight





Tiada ulasan:

Catat Ulasan